Wednesday, 13 February 2013

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA 2013


 (Maklumat surat panggilan mesyuarat untuk tindakan awal Ketua Panitia Bahasa Melayu Sekolah Menengah Daerah Rembau)

Kepada:

Pengetua SMKA/SM/SMA/SABK
Daerah Rembau

Tuan,
MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA BAHASA MELAYU SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH REMBAU KALI PERTAMA 2013
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2.            Suacitanya dimakluman bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut:
                Tarikh : 26 Feb 2013(Selasa)
              Tempat : Bilik Gerakan SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Pedas, N.Sembilan.
              Masa     :  2.30 petang
              Agenda : 
1.       Perutusan Pengerusi
2.       Ucapan Pegawai Meja JPNS/PPDR
3.       Pengesahan Minit Mesyuarat
4.       Perkara Berbangkit
5.       Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2012
6.       Post Mortem PMR 2012
7.       Headcount Panitia 2013/Target 2013
8.       Perancangan Aktiviti Tahunan
9.       Hal-Hal lain
10.   Penutup
  4.          Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik tuan mengarahkan Ketua Panitia Bahasa Melayu dan seorang  guru mata pelajaran Bahasa Melayu untuk hadir mesyuarat tersebut.
5.            Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Puan Rosiah Bt Othman di talian 0196594740.

Sekian . Terima Kasih

 Catatan:

Mohon kerjasama semua Ketua Panitia Bahasa Melayu dapat menyediakan laporan ringkas aktiviti panitia daerah Rembau  tahun 2012 dan menghantar kepada Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Daerah  sebelum atau pada 25 Jun 2013(Isnin)